Acer Switch 7 Black Edition – Laptop 2-Dalam-1 Dengan Sistem Penyejukan Dual LiquidLoop

Acer Switch 7 Black Edition – Laptop 2-Dalam-1 Dengan Sistem Penyejukan Dual LiquidLoop

Diterbitkan pada Ogos 30, 2017 oleh .

Di acara Acer GPC di Berlin hari ini, Acer mengumumkan kehadiran beberapa laptop-laptop ultra-nipis terbaru, termasuklah Acer Swift 5 dan Spin 5 yang dikemaskini dengan CPU Intel generasi kelapan Coffee Lake.

Selain dari itu, Acer turut mengambil peluang untuk memperkenalkan laptop ultra-nipis terbaru mereka, iaitu Acer Switch 7 Black Edition, sebuah laptop 2-dalam-1 yang hadir dengan sebuah kad grafik khususnya sendiri.

Acer Switch 7 Black Edition

Dari segi spesifikasi, laptop ini hadir dengan CPU Intel generasi ke-lapan Coffee Lake dan sebuah kad grafik NVIDIA GeForce MX150. Paparan IPS 13.5-inci laptop ini hadir dengan resolusi QHD 2256×1504 membolehkan pengguna menggunakan laptop ini untuk tugas-tugas multimedia yang cukup berkuasa.

Dalam pada itu, cangkerang laptop hibrid ini yang diperbuat daripada aluminium membolehkan laptop ini hadir seberat 1.15kg sahaja dan memudahkan pengguna membawa laptop ini kemana-mana sahaja.

Sama seperti hibrid Acer Switch sebelum ini, papan kekunci Switch 7 Black Edition ini boleh dicabut dengan mudah, dan bukan itu sahaja, ia juga laptop hibrid Acer yang pertama untuk hadir dengan ciri Acer Autostand, dimana kaki untuk menegakkan laptop tersebut boleh digunakan secara automatik.

Acer Switch 7 Black Edition

Menariknya, Acer Switch 7 Black Edition ini juga hadir dengan sistem penyejukan tanpa LiquidLoop, dimana hanya cecair penyejuk dan paip haba digunakan untuk menyejukkan CPU dan kad grafik di dalam laptop tersebut.

Sedang dikemaskini…


TIPS & ULASAN