Acer Predator Orion 9000 – Komputer Berkuasa Dengan CPU Intel Core i9 Dan Sehingga Empat Kad Grafik

Acer Predator Orion 9000 – Komputer Berkuasa Dengan CPU Intel Core i9 Dan Sehingga Empat Kad Grafik

Diterbitkan pada Ogos 30, 2017 oleh .

Jika Acer Predator 21X sebuah komputer riba yang menunjukkan kebolehan Acer membina laptop dengan spesifikasi tidak masuk akal, terkini, mereka baru sahaja mengemaskini definisi overkill terbaru mereka melalui sebuah komputer dengan komponen-komponen yang terbaru dan paling berkuasa di dalam pasaran.

Gergasi perkomputeran terbaru ini diberikan nama Acer Predator Orion 9000, dan seperti yang dinyatakan sebelum ini, ia hadir dengan komponen-komponen yang overkill. Ini termasuklah CPU Intel Core i9 Extreme Edition dengan 18 teras dan 36 bebenang kuasa, sokongan untuk memori DDR4 sehingga 128GB.

Acer Predator Orion 9000

Bukan itu sahaja, PC Orion 9000 ini hadir dengan pilihan untuk empat kad grafik AMD Radeon RX Vega ataupun dua kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 Ti untuk menggerakkan jentera grafik komputer desktop ini.

Dari segi rekaan cangkerang pula, komputer Orion 9000 ini hadir dengan cangkerang berwarna hitam dan kelabu, dan mempunyai sistem nyalaan RGB di bahagian depan dan pilihan untuk melengkapi kipas-kipas didalamnya dengan sistem nyalaan yang sama.

Acer Predator Orion 9000

Untuk menyejukkan CPU dan GPU di dalam komputer ini, Acer hadir dengan gabungan sistem penyejukan cecair dan juga Ice Tunnel 2.0. Sistem penyejukan cecair menyejukkan CPU, manakala sistem Ice Tunnel 2.0 membantu mengalirkan haba daripada komponen-komponen keluar daripada komputer.

Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti overclocking, Acer Predator Orion 9000 ini juga hadir dengan butang overclocking yang membolehkan pengguna menambah prestasi dengan mudah.

Jadi, dengan penawaran ini, adakah anda akan mendapatkannya?


TIPS & ULASAN