Cari @ Amanz

Kamera analog masih mempunyai ramai peminat walaupun kamera digital kini boleh ditemui pada kesemua telefon pintar di tangan. Penggemar fotografi analog mengatakan gambar yang diambil secara tradisional ini memberikan lebih kepuasan kerana tidak boleh disunting untuk menjadikannya lebih cantik. Kepada peminat format gambar segesar Instax, Lomography kini menawarkan kamera Lomo’Instant Square.

Kamera dengan lensa 95mm ini direka untuk digunakan bersama filem segi empat sama Instax keluaran Fujifilm. Lomo’Instant Square boleh dilipat apabila tidak digunakan bagi memudahkan ia dibawa. Pengguna boleh mengawal dedahan filem, melakukan dedahan berganda dan terdapat alat kawalan jauh untuk mengambil gambar dari jauh. Lomography sedang mengumpul dana melalui Kickstarter untuk menghasilkan kamera ini secara komersial. Ia boleh ditempah pada harga bermula $129 (~RM 551) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd