Filem aksi fiksyen sains yang paling ditonton pada tahun 1999 ialah The Matrix. Di dalam filem lakonan Keanu Reeves ini, wujud babak gerak perlahan bullet time dengan kamera berputar 360 darjah yang tidak pernah dilihat sebelum itu. Untuk merakam aksi bullet time, 5o buah kamera digunakan. Teknologi kini sudah maju dan ia kini boleh dilakukan dengan hanya satu kamera.
Insta360 One ialah kamera yang mampu melakukan rakaman bullet time dengan hanya satu kamera. Kamera 360 darjah ini direka khas untuk digunakan dengan sebuah iPhone. Mod gerak perlahan 250 FPS membolehkan kamera diputar dengan pantas dan kemudian disunting bagi menghasilkan rakaman bullet time. Perisian terbina Insta36o One kemudian akan menyunting keluar tali dan kayu selfie yang digunakan.
Kamera ini juga mempunyai fungsi SmartTrack yang mengikut objek yang ingin dirakam secara automatik. Dari segi spesifikasi ia boleh merakam dan menstrim pada resolusi 4K. Rakaman gambar pula dilakukan pada resolusi 24-Megapixel. Sistem penstabilan enam paksi disertakan bagi memastikan video sentiasa lancar. Ia turut hadir dengan kemampuan kalis air IP68. Insta360 One dijual pada harga $300 sebuah. Ia hanya menyokong peranti iOS buat masa ini dengan versi Android bakal dihasilkan di masa hadapan.