Ketika pengenalan Huawei Mate 9 pada tahun lepas, ia menjadi peranti terawal Huawei yang berasaskan kepada Android 7.0 Nougat. Kini, siri Mate akan sekali lagi menjadi telefon pintar keluaran Huawei dengan perisian versi terkini melalui Huawei Mate 10 kelak.
Desas-desus baru hadir hari ini mengatakan Huawei Mate 10 mungkin hadir menggunakan antaramuka EMUI 6.0 yang dibina berasaskan kepada Android 8.0 Oreo.
Hal ini tidak mustahil memandangkan Android 8.0 Oreo telah dilancarkan minggu lepas, dan Huawei hanya menjadualkan pelancaran Mate 10 pada Oktober kelak – sekaligus memberikan ruangan yang secukupnya untuk pengoptimasian dan integrasi bersama EMUI.
Disamping itu, Huawei juga dijangka akan memfokuskan kepada integrasi kecerdasan buatan dengan lebih menyeluruh pada EMUI 6.0 baru ini.
Huawei menjadualkan tarikh 16 Oktober 2017 ini untuk memperkenalkan Huawei Mate 10.