Dua model monitor melengkung Alienware 34 dilancarkan hari ini yang mensasarkan golongan pemain PC tegar. Alienware 34 AW3418DW menyokong resolusi WQHD (3440 x 1440 pixel) dengan kadar segar-semula 120 Hz. Alienware 34 AW3418HW) pula menyokong resolusi WFHD (2560 x 1080 pixel) dengan kadar segar-semula 160 Hz.
Kedua-dua monitor menyokong Nvidia G-SYNC, masa tindak balas 4ms dan sistem lampu LED AlienFX. Rekaannya juga agresif dan futuristik sesuai dengan jenama yang menggunakan logo wajah makhluk asing. yang Monitor AW3418DW dijual pada harga $1499 (~RM 6407) manakala AW3418HW dijual pada harga $1199 (~RM 5125) bermula musim luruh yang akan datang.