Dell Inspiron 15 7000 Dilancarkan Dengan Kad Grafik GeForce GTX 1060

Dell Inspiron 15 7000 Dilancarkan Dengan Kad Grafik GeForce GTX 1060

Diterbitkan pada Ogos 30, 2017 oleh .

Hari ini hari yang cukup meriah dalam kalendar pelancaran komputer riba. Selain monitor melengkung 34″ Alienware, Dell turut melancarkan gaming laptop Inspiron 15 7000 Gaming Laptop. Ia dilengkapi skrin 15″ IPS LCD dengan pilihan resolusi HD penuh ataupun 4K.

Pilihan pemproses pula ialah Intel Core i7 Kaby Lake ataupun i5 Kaby Lake. Kad grafik yang disertakan ialah Nvidia GeForce GTX 1060 yang menggunakan rekaan Max-Q. Memori pula ialah sehingga 16GB RAM DDR4 dan storan SSD sehingga 512GB. Sebuah bateri sebesar 56Wh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas yang mampu mengecas sehingga 80% dalam masa sejam.

Dua port USB-C yang disertakan mampu menyokong dua monitor tambahan dengan resolusi 4K secara serentak. Pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa memberikan sistem keselamatan biometerik kepada pengguna. Inspiron 15 7000 Gaming Laptop dijual pada harga bermula $900 (~RM 3843) sebuah September ini.


TIPS & ULASAN