Cari @ Amanz

Selain Acer, pihak Asus turut mengambil pentas utama di acara IFA 2017 hari ini, dan memperkenalkan beberapa produk baru mereka. Mencuri perhatian adalah komputer riba dibawah keluarga ZenBook Flip.

Asus IFA 2017

Asus hari ini mengumumkan kembali Asus ZenBook Flip S yang telah diperkenalkan pada acara Computex 2016 lepas. Menariknya, bersama-sama ia, Asus turut mengumumkan dua lagi komputer dua-dalam-satu, iaitu ZenBook Flip 14 dan juga ZenBook Flip 15.

Asus ZenBook Flip 14

Secara kasar, ini boleh dikatakan sebagai kali pertama komputer riba ZenBook Flip menggunakan saiz lebih besar daripada 13.3-inci. Dan pihak Asus turut menekankan yang mana Asus ZenBook Flip 14 adalah komputer 2-dalam-1 yang paling nipis di dunia pada hari ini.

ZenBook Flip 14 ini hadir dnegan cip Intel Core i7 yang terkini, dilengkapi memori sehingga 16GB RAM, ruangan storan sehingga 512GB SSD, dan juga sokongan grafik NVIDIA MX150. Asus mengatakan komputer riba ini menawarkan masa penggunaan bateri selama 13 jam lamanya.

Asus ZenBook Flip 15 pula hadir dengan skrin 15.6-inci dengan paparan sehingga 4K, dilengkapi cip Intel Core i7 terkini, sokongan kad grafik NVIDIA GTX 1050, ruangan storan sehingga 2TB HDD + 512GB SSD, dan sokongan USB_C untuk penambahan GPU luaran.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah kedua-dua komputer riba ini akan memasuki pasaran tempatan. Turut diumumkan oleh Asus hari ini adalah dimana keluarga komputer riba sedia ada mereka akan dikemaskini dengan cip Intel Core generasi kelapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd