Pada hari ini, Celcom, Digi dan juga U Mobile telah menambah sokongan pembayaran pembelian di App Store, iTunes dan Apple Music menggunakan bil telekomunikasi. Melaluinya, pengguna prabayar boleh menolak terus daripada kredit mereka, sementara pengguna pascabayar boleh membuat pembelian dan ia ditambah ke bil telekomunikasi.
Walaubagaimanapun, ia sedikit mengejutkan untuk melihat Maxis tidak menyertakan sokongan sama untuk para pelanggan mereka.
Bercakap mengenainya, kini melalui kenyataan Maxis yang diberikan kepada kami, Maxis mengatakan ciri berkenaan akan diperkenalkan kepada pengguna Maxis dan Hotlink pada suku tahun akan datang.
Jadi, sekiranya semuanya berjalan lancar, kita mungkin akan melihat ciri pembelian di App Store, Apple Music dan iTunes menggunakan kredit prabayar Hotlink atau bil Maxis menjelang penghujung 2017 ini.