Acer Melancarkan Dua Kamera 360 Darjah Di IFA

Acer Melancarkan Dua Kamera 360 Darjah Di IFA

Diterbitkan pada Ogos 31, 2017 oleh .

Selain komputer riba dan monitor baru, Acer turut melancarkan dua kamera 360 darjah di acara IFA Berlin tahun ini. Acer Holo360 dan Acer Vision360 adalah dua kamera dengan fungsi berbeza. Acer Holo360 ialah kamera 360 darjah yang menggunakan sistem operasi Android 7.1.1

Ia turut dilengkapi pemproses Snapdragon 625 dan sokongan selular bagi memudahkan memuat naik ke media sosial pilihan. Ia mampu merakam video pada resolusi 4K dan gambar pada resolusi 6.9K. Selain daripada itu terdapat skrin sesentuh sebesar 3″ untuk menonton semula video yang telah dirakam.

Acer Vision360 pula direka untuk digunakan di dalam kereta bagi merakam pemanduan atau insiden kemalangan jalan raya. Apabila kemalangan berlaku ia akan menyimpan lokasi GPS dan terus menghantar video ke storan awanan bagi mengelakkan ia dipadam. Ia turut boleh memberikan notifikasi sekiranya kenderaan dilanggar di tempat meletak kereta. Aplikasi khas turut membolehkan pemilik menjadikannya kamera litar pintas yang boleh diakses menerusi peranti mudah alih.

Acer Holo360 dijual pada harga $429 (~RM 1836) sebuah bermula November manakala harga dan tarikh jualan untuk Acer Vision360 masih belum diumumkan.


TIPS & ULASAN