Cari @ Amanz

Palm ialah antara peranti pintar terawal di pasaran dan amat popular di kalangan pengguna perniagaan lebih sedekad yang lalu. Kegagalan Palm Pre pada tahun 2011 menyebabkan jenama ini dikuburkan oleh HP. Tiga tahun lalu Palm diambil alih oleh TCL dan ramai peminat Palm menantikannya kembali ke pasaran.

Penantian ini akan berakhir pada tahun 2018. Pengurus perniagaan TCL, Stefan Streit dipetik mengatakan jenama ini mungkin akan hadir pada awal 2018. Besar kemungkinan ia tidak akan lagi menggunakan sistem operasi webOS dan mengikuti jejak Blackberry yang juga dihasilkan oleh TCL untuk berpindah ke Android.

Sejak akhir-akhir ini kelahiran semula jenama klasik seperti Motorola, Blackberry dan Nokia mendapat sambutan menggalakkan dari pengguna. Adakah di kalangan pembaca Amanz yang inginkan peranti Palm. Kami sendiri kali terakhir menggunakannya pada penghujung dekad 90an dengan PalmPilot.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd