Peranti Realiti Gabungan ASUS Windows Mixed Reality Dilancarkan

Peranti Realiti Gabungan ASUS Windows Mixed Reality Dilancarkan

Diterbitkan pada Ogos 31, 2017 oleh .

Peranti realiti gabungan kini menggantikan realiti maya sebagai teknologi yang dipercayai akan menjadi trend sepanjang 2017. Asus mengikut langkah Dell melancarkan set realiti gabungan mereka ASUS Windows Mixed Reality di IFA semalam.

ASUS Windows Mixed Reality mempunyai rekaan seperti PlayStation VR. Bahagian dahi pemakai menopang berat dan ia menggunakan bahan kusyen anti bakteria bagi mengelakkan bau busuk. Rekaan ini dipercayai akan menjadikan peranti realiti gabungan ini lebih selesa kerana tidak membebankan bahagian hidung dan pipi pemakai. Berat peranti ini ialah 400 gram dan menjadikannya lebih ringan berbanding PSVR (610 gram) dan Oculus Rift (470 gram).

Ia dilengkapi dua kamera pada bahagian hadapan bagi mengukur ruang dan memberikan kebebasan bergerak sebanyak enam darjah (6DoF). Tiada sensor tambahan diperlukan bagi mengesan pergerakan seperti pada HTC Vive. Rekaannya juga agresif dengan ratusan permukaan poligon di bahagian hadapan. ASUS Windows Mixed Reality akan dijual pada harga €449 (~RM 2277) sebuah dengan sepasang alat kawalan.


TIPS & ULASAN