LG hari ini telah memperkenalkan secara rasmi telefon pintar terbaru mereka dibawah siri V, iaitu LG V30. LG menyasarkan untuk menjual telefon pintar terbaru ini bermula 21 September di Korea Selatan, dan dijangka akan diperluaskan ke pasaran global lain secara berperingkat.
Berbeza dengan siri-V sebelum ini, LG V30 tidak menyertakan dwi-skrin, sebaliknya lebih memfokuskan kepada paparan skrin luas dengan bingkai nipis. LG V30 menawarkan panel 6-inci dengan resolusi 18:9 OLED. LG memasarkan telefon pintar ini dengan keupayaan rakaman video padanya, disamping panel skrin serta binaan yang kukuh.
Melengkapkan ia juga adalah cip Snapdragon 835, memori 4GB RAM, dan juga ruangan storan sehingga 128GB UFS 2.0. LG melengkapkan LG V30 ini dengan bateri berkapasiti 3300mAh. Bagi tujuan audio, ia hadir dengan sokongan 32-bit HiFi Quad DAC.
Untuk rakaman gambar, LG V30 menggunakan gabungan dwi-kamera belakang 16-megapixel dan 13-megapixel – dimana ia mengabungkan sensor rakaman biasa, dan juga rakaman sudut luas.
Untuk kamera hadapan pula, ia menggunakan kamera 5-megapixel. Disamping itu, LG juga menggunakan binaan dengan sokongan kalis air dan debu IP68 pada telefon pintar ini. Pada bahagian belakang juga terletaknya sokongan pengimbas cap jari, dan LG V30 turut menyokong pengecasan tanpa wayar.
Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah LG V30 akan memasuki pasaran tempatan. Bagi anda, adakah anda akan menantikan telefon pintar baru ini?
https://www.youtube.com/watch?v=AHGIBaLuENM