Cari @ Amanz

Google Assistant ialah pembantu maya kegemaran kami pada peranti Android. Ia mampu lebih banyak perkara berbanding beberapa pembantu maya yang lain. Hari ini sempena pelancaran LG V30, Google mengesahkan ia mula menyokong bahasa Korea.

Sokongan bahasa Itali dan Sepanyol pula akan hadir menjelang hujung tahun. Bahasa Korea ialah bahasa ketiga yang disokong Google Assistant selepas Inggeris dan Jerman. Pada waktu yang sama pelbagai peralatan elektrik pintar keluaran LG juga akan boleh dikawal sepenuhnya menggunakan Google Assistant.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd