Cari @ Amanz

Tinggal lebih kurang dua minggu sebelum iPhone 8 dilancarkan. Semakin banyak ura-ura didengari mengenai peranti yang dihasilkan sempena ulang tahun ke-sepuluh iPhone. Terkini iPhone 8 dikatakan akan mempunyai dok pada bahagian bawah skrin seperti yang ditemui pada iPad Pro.

Dok ini boleh dipaparkan dari mana-mana skrin dengan menatal dari bahagian bawah skrin. Singkatan kepada aplikasi kegemaran juga boleh diletakkan di dalamnya. Dengan dok pengguna boleh melakukan aksi drag and drop untuk melakukan multi-tasking dengan lebih efisien.

Kebenaran ura-ura ini hanya akan diketahui dalam masa sekitar dua minggu. Sekiranya benar ia adalah perubahan antaramuka paling drastik diterima oleh iPhone sejak pelancarannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd