Logitech CRAFT Advanced Keyboard Dilengkapi Tombol Kawalan Seakan Surface Dial

Logitech CRAFT Advanced Keyboard Dilengkapi Tombol Kawalan Seakan Surface Dial

Diterbitkan pada Ogos 31, 2017 oleh .

Surface Dial yang diperkenalkan untuk Microsoft Surface membolehkan pengguna mengawal fungsi dalam aplikasi dengan memusingkan tombol. Ia tidak direka untuk digunakan pada komputer Windows yang lain. Papan kekunci Logitech CRAFT Advanced Keyboard yang dilancarkan hari ini akan memberikan fungsi yang sama untuk semua komputer Windows dan Mac.

Sebuah tombol terletak pada bucu kiri papan kekunci ini. Ia boleh digunakan untuk kawalan suara, menukar antara program dan mengubah parameter di dalam program tertentu. Buat masa ini ia menyokong program Adobe Photoshop CC, Adobe Illustrator CC, Adobe Premiere Pro CC, Adobe InDesign CC,Microsoft PowerPoint, Excel dan Word.

Tombol ini mempunyai sokongan sentuhan yang membolehkannya navigasi dilakukan di dalam program tertentu seperti Spotify. Terdapat juga sokongan lampu pada kekunci. Logitech CRAFT Advanced Keyboard akan memasuki pasaran bermula Oktober dengan harga jualan $200 (~RM 854).


TIPS & ULASAN