Cari @ Amanz

Headset yang memberikan ilusi menonton wang bukanlah idea baru. Sony HMZ adalah antara yang dihasilkan bagi memberikan ilusi menonton TV sebesar 150 inci di hadapan muka. Kini wujud pula Cinera, headset yang menjanjikan pengalaman menonton wayang IMAX yang dipakai di kepala.

Cinera menggunakan dua skrin beresolusi QHD bagi memberikan paparan yang beresolusi tinggi. Ini menurut mereka menyelesaikan masalah screen door effect yang dialami peranti realiti maya biasa. Ia menggunakan sistem operasi Android dan ini bermakna kandungan YouTube dan Netflix boleh distrim terus pada skrin.

Terdapat port MikroSD untuk menonton video yang dimuat turun serta sambungan HDMI. Dengan sambungan ini Cinera boleh digunakan sebagai skrin permainan video atau pemain media Blu-Ray. Bagi yang risau Cinera adalah terlalu berat untuk dipakai di kepala, pihak pengeluar turut menghasilkan pemegang yang boleh dipasang pada permukaan rata. Pereka Cinera sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan headset ini boleh dipesan pada harga bermula $449 (~RM 1921).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd