Sony Memperkenalkan Kamera Ultra-Kompak Dan Tahan Lasak Untuk Rakaman Video – Sony RX0

Sony Memperkenalkan Kamera Ultra-Kompak Dan Tahan Lasak Untuk Rakaman Video – Sony RX0

Diterbitkan pada Ogos 31, 2017 oleh .

Sony sedia popular dalam penghasilan sensor pengimejan mereka. Hari ini, Sony turut mengambil kelebihan mereka, dan memperkenalkan sebuah kamera ultra-kompak terbaru dinamakan sebagai Sony RX0. Ia turut menawarkan ciri-ciri tahan lasak, sekaligus membolehkan anda merakamkan video dan gambar dalam pelbagai keadaan tanpa risau akan kamera akan rosak.

Secara kasar, ia mungkin dilihat meletakkan Sony RX0 ini sebagai pesaing kepada kamera keluaran GoPro.

Sony RX0

Sony RX0 hadir dengan sensor 15.3-megapixel Exmor RS CMOS, dan dilengkapi dengan pemprosesan Bionz X. Ia turut menyertakan lensa rakaman luas ZEISS Tessar 24mm F4 bersama-sama dengannya untuk rakaman pad resolusi tinggi dalam bentuk RAW, JPEG dan juga format video lain.

Sony mengatakan kamera Sony RX0 ini hadir dengan sokongan kalis air sehingga 10 meter – dan mampu bertahan lebih dalam dengan menggunakan kerangka luaran tambahan. Ia juga mampu tahan hentakkan – menjadikan ia sesuai untuk merakamkan aksi pada pelbagai keadaan, termasuk ketika hujan dan sebagainya.

Sony turut menekankan yang mana kamera ini boleh digunakan secara kendiri, atau turut boleh dipautkan bersama kamera lain dalam menjadikan ia sebahagian daripada tetapan multi-kamera untuk merakamkan daripada pelbagai sudut.

Ciri-ciri lain yang disertakan adalah termasuk rakaman gerak perlahan pada kadar 960fps, sokongan rakaman 4K – selain menyokong sejumlah aksesori tambahan.

Sony RX0 akan mula dijual bermula bulan Oktober kelak.


TIPS & ULASAN