Carian
Sony Xperia XZ1 Dan Xperia XZ1 Compact Diperkenalkan – Hadir Dengan Sokongan Rakaman 3D, Android 8.0
August 31, 2017 Aman

Sony hari ini telah memperkenalkan dua telefon pintar baru, iaitu Sony Xperia XZ1 dan juga Xperia XZ1 Compact. Dari segi rekaan, ia boleh dikatakan lebih kurang dengan rekaan peranti Xperia sebelum ini. Pihak Sony dilihat lebih memberikan perhatian kepada sokongan kamera pada telefon pintar ini – termasuk integrasi ciri mengimbas 3D melalui kamera peranti ini.

Sony Xperia XZ1

Sony Xperia XZ1 hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci HDR, dilengkapi cip Snapdragon 835, memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB UFS. Melengkapkan peranti ini adalah kamera belakang 19-megapixel Exmor RS, dan juga kamera hadpaan 13-megapixel.

Xperia XZ1 Compact pula menawarkan saiz yang lebih kecil dengan spesifikasi yang sama. Xperia XZ1 Compact menawarkan skrin 4.6-inci dengan paparan HD, dilengkapi cip Snapdragon 835, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Ia menggunakan kamera 19-megapixel dibelakang, dan kamera 18-megapixel pada bahagian hadapan.

Sony Xperia XZ1

Sony menekankan kepada ciri rakaman 3D pada telefon pintar ini, dimana anda boleh mengimbas wajah anda dalam bentuk 3D terus menggunakan kamera belakang telefon pintar berkenaan. Seterusnya, anda boleh menghasilkan sebarang animasi AR menggunakan imbasan 3D berkenaan – dan integrasikan ia bersama gambar yang lain.

Kedua-dua telefon pintar ini hadir dengan Android 8.0 Oreo dan dijual bermula September 2017.

Komen