Bersama-sama pengenalan Sony Xperia XZ1, pihak Sony turut mengambil peluang untuk memperkenalkan telefon pintar berspesifikasi pertengahan mereka yang terbaru, iaitu Sony Xperia XA1 Plus.
Xperia XA1 Plus menawarkan skrin bersaiz 5.5-inci, dan hadir dengan sokongan kamera 23-megapixel. Selain daripadanya, ia menawarkan rekaan seumpama beberapa peranti Xperia sebelum ini, dan dikatakan menawarkan masa penggunaan sepanjang hari melaluinya.
Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin 5.5-inci pada resolusi HD penuh, dilengkapi cip MediaTek Helio P20, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 32GB UFS.
Ia menggunakan kamera belakang 23-megapixel, dan juga kamera hadapan 8-megapixel. Sony melengkapkan ia dengan bateri berkapasiti 3430mAh. Berbeza dengan Xperia XZ1, telefon pintar Xperia XA1 Plus ini masih kekal dengan Android Nougat ketika ia dilancarkan.
Sony masih belum memberikan harga jualannya, dan peranti ini dikatakan bakal dipasarkan dalam beberapa bulan lagi.