Cari @ Amanz

Apakah yang lebih menarik dari pembesar suara? Pasti jawapannya ialah pembesar suara pintar. Sejak akhir-akhir ini pembesar suara pintar menjadi produk yang semakin banyak dikeluarkan selepas dipelopori oleh Amazon Echo. Sony LF-S50G ialah pembesar suara pintar kompak keluaran Sony yang menggunakan sistem Google Assistant.

Ia kelihatan seperti Apple HomePod dengan saiz 110mm x 162mm. Pembesar suara yang digunakan mampu memancarkan audio secara 360 darjah dengan sebuah subwoofer yang menembak ke bawah. Ia mempunyai ketahanan kalis air IPX3. Tambatan dilakukan secara Bluetooth dengan sokongan NFC.

Ia boleh digunakan bersama peranti Android dan iOS. Pad sesentuh pada bahagian atas digunakan untuk mengawal dan sebuah paparan LED pada sisi menunjukkan waktu. Harga jualan Sony LF-S50GĀ  ialah $299 (~RM 1281) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd