Sony hari ini telah memperkenalkan telefon pintar Xperia XZ1 dan Xperia XZ1 Compact yang hadir terbina dengan sistem operasi Android terkini, iaitu Android 8.0 Oreo. Disamping pengumuman berkenaan, pihak Sony turut mengambil peluang untuk berkongsi senarai peranti sedia ada yang akan menerima kemaskini berkenaan.
Menurut Sony, Android 8.0 Oreo akan ditawarkan untuk Xperia X, Xperia X Performance, Xperia XZ, Xperia X Compact, Xperia XZ Premium, Xperia XZs, Xperia XA1, Xperia XA1 Ultra, Xperia Touch dan juga Xperia XA1 Plus.
Tarikh penawaran belum diumumkan buat masa ini, dan seperti biasa ia dijangka hadir secara berperingkat dalam beberapa bulan lagi.