Cari @ Amanz

Lenovo sedia hadir dengan beberapa video acah sebelum ini untuk set realiti-gabungan mereka. Terkini, bersempena dengan acara IFA 2017, Lenovo hari ini telah memperkenalkan secara rasminya Lenovo Mirage AR.

Lenovo Mirage AR adalah set realiti-gabungan (augmented reality, yang mana membolehkan anda memakainya, dan bermain sebagai seorang Jedi. Ia menggunakan telefon pintar anda sebagai teras, dimana kamera hadapan dan belakang pada telefon digunakan untuk tujuan imbasan – sekaligus memaparkan pelbagai musuh dan objek dari dunia Star Wars di hadapan anda.

Lenovo Mirage AR

Sebuah alat kawalan tambahan seumpama Lightsaber turut disediakan untuk tujuan kawaln – selain turut membolehkan anda menggunakannya sebagai pedang untuk menewaskan pihak musuh.

Harga jualan untuk set ini masih belum diumumkan lagi. Lenovo dan Disney kelak akan menawarkan aplikasi yang perlu dimuat-turun ke peranti Android atau iPhone terlebih dahulu sebelum dapat memainkannya menggunakan Lenovo Mirage AR ini.

Lenov menyasarkan untuk memasarkan produk baru ini menjelang bulan November kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd