Rasmi : Apple Akan Melancarkan iPhone Baru Pada 12 September

Rasmi : Apple Akan Melancarkan iPhone Baru Pada 12 September

Diterbitkan pada Sep 1, 2017 oleh .

Apple hari ini telah mengesahkan yang mana mereka menjadualkan sebuah acara media pada 12 September 2017 kelak. Acara ini bakal diadakan di ibu pejabat baru, dan nama dewan untuk ucaptama ini kelak adalah Steve Jobs Theater.

Apple iPhone

Pada acara berkenaan, Apple dijangka memperkenalkan sebuah iPhone baru dengan ciri-ciri premium (dipanggil ramai sebagai iPhone 8), selain model iPhone 7s dan juga iPhone 7s Plus.

Disamping itu, beberapa desas-desus turut mengatakan Apple mungkin mengumumkan kemaskini untuk Apple Watch dan juga Apple TV. Ia dikatakan Apple Watch baru akan dilengkapi sokongan selular, sementara Apple TV baru kelak akan hadir dengan sokongan 4K.

Seperti biasa, sama-sama ikuti pelbagai kemaskini pada minggu kedua September ini kelak, iaitu awal pagi 13 September mengikut waktu Malaysia.


TIPS & ULASAN