Instagram Membawa Sokongan Instagram Stories Ke Web

Instagram Membawa Sokongan Instagram Stories Ke Web

Diterbitkan pada Sep 1, 2017 oleh .

Instagram Stories merupakan ciri perkongsian gambar dan juga video yang hilang selepas tempoh 24 jam. Ciri berkenaan hanya ditawarkan oleh pihak Instagram melalui aplikasi mudah-alih mereka sahaja sebelum ini, dan kini ia turut dibawa ke web.

Instagram Web Stories

Bermula hari ini, para pengguna turut boleh mengakses ciri Instagram Stories melalui web pada peranti mudah-alih mereka – sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk mengakses ciri yang digunakan lebih 250 juta pengguna seluruh dunia berkenaan. Sokongan paparan pada web di desktop masih tidak diumumkan lagi buat masa ini.

Instagram mengatakan ciri menonton Stories melalui web mudah-alih akan ditawarkan secara berperingkat bermula hari ini kepada semua, dan fungsi muat-naik akan ditawarkan dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN