Cari @ Amanz

Samsung sebelum ini telah menerima kebenaran untuk menguji kenderaan swapandu mereka di Korea Selatan. Kini, selain daripadanya, Samsung turut menerima kebenaran untuk menguji kenderaan swapandu mereka di California, Amerika Syarikat.

Samsung sebelum ini sedia menubuhkan bahagian khusus dalam syarikat mereka yang memfokuskan kepada pembangunan teknologi perisian untuk kenderaan swapandu. Untuk makluman, pihak Samsung turut mempunyai pelaburan dalam pengeluar kenderaan, selain turut mengguji perisian swapandu pada kenderaan Hyundai di Korea Selatan.

Selain daripada Samsung, terdapat sejumlah syarikat lain yang turut menguji teknologi swapandu mereka di California, termasuk Apple, Google, NVIDIA, BMW dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd