Cari @ Amanz

Razer sebelum ini sedia melancarkan komputer riba Blade Pro dengan spesifikasi berkuasa tinggi, dan menawarkan harga yang sedikit lebih tinggi berbanding kebiasaan. Kini, sebagai alternatif, Razer turut mengumumkan model baru Razer Blade Pro untuk mereka yang inginkannya, tetapi pada harga sedikit rendah.

Razer Blade Pro

Razer Blade Pro baru ini hadir dengan skrin 17.3-inci tetapi dengan paparan HD penuh dan kadar segar semula 120Hz. Disamping itu, ia menggunakan kad grafik GTX 1060 sahaja berbanding yang asal menggunakan GTX 1080. Spesifikasi lain adalah lebih kurang sama, termasuk penggunaan cip Intel Core i7 generasi ketujuh, memori sehingga 32GB RAM, dan ruangan storan gabungan 256GB SSD dan 2TB HDD.

Razer Blade Pro

Satu lagi perubahan yang turut dibawakan pada model baru ini adalah penggunaan papan kekunci. Model baru ini tidak menggunakan papan kekunci mekanikal, sebaliknya menggunakan papan kekunci berasaskan membrane seperti pada model 14-inci.

Razer mengatakan model Blade Pro baru ini akan dipasarkan bermula September 2017 ini. Di Amerika Syarikat, ia ditawarkan pada harga $2299 iaitu sekitar RM9817.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd