Xiaomi pada hari ini sedia terkenal dengan penawaran siri Mi yang menyasarkan penawaran ciri-ciri premium, selain siri Redmi yang menyasarkan pasaran negara membangun. Selain daripada kedua-duanya, Xiaomi kini dalma persiapan untuk memperkenalkan sebuah siri peranti baru pada minggu hadapan.
Info baru ini hadir daripada lanjutan perkongsian Xiaomi sebelum ini mengatakan bakal memperkenalkan telefon pintar dengan sokongan dwi-kamera pada minggu hadapan.
Ia tidak diketahui lagi siri peranti baru ini, tetapi mengikut beberapa info tertiris di arena web, akhir-akhir ini hadir sebuah peranti Xiaomi dibawah nama siri-A, yang turut dikatakan mungkin menyertakan antaramuka asli Android dan bukannya menggunakan MIUI seperti yang lain.
Seperti biasa, kita perlu nantikan secara rasmi pada minggu hadapan untuk melihat sendiri apakah kejutan yang bakal ditawarkan oleh Xiaomi melalui siri peranti baru mereka ini.
The possibilities are endless and it begins with #FlagshipDualCamera! What could it potentially be? pic.twitter.com/KJklWHzut2
— Xiaomi (@Xiaomi) August 31, 2017