Cari @ Amanz

Razer sebelum ini telah bekerjasama dengan Lenovo untuk beberapa produk memfokuskan permainan video bertemakan Razer. Kini, selain Lenovo, pihak Razer hari ini turut mengumumkan kerjasama dengan pengeluar desktop CyberPowerPC untuk menghasilkan desktop bertemakan Razer.

Melalui kerjasama ini, Razer mengatakan mereka membawa kepakaran mereka dalam pengoptimasian untuk permainan video dan juga teknologi Razer Chrome – dan gabungkan ia dengan kelebihan CyberPowerPC yang menawarkan binaan desktop berkualiti tinggi dan sokongan mengubah-suai serta menaik-tarafnya.

CYBBERPOWERPC P400 Razer

Pertama dibawahnya, diumumkan adalah CyberPowerPC P400 “Designed by Razer” – yang mana membawakan rekaan dengan logo Razer, selain kerangka kaca dibahagian tepi untuk membolehkan anda melihat komponen di belakang. Seperti kebiasaan, pengguna turut boleh menambah sokongan teknologi Razer Chrome untuk menjadikannya lebih cantik dan bergaya.

Razer akan menawarkan CyberPowerPC P400 “Designed by Razer” ini di Amerika Syarikat bermula bulan Oktober 2017 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd