Neffos N1 Diperkenalkan Dengan Sokongan Dwi-Kamera Belakang

Neffos N1 Diperkenalkan Dengan Sokongan Dwi-Kamera Belakang

Diterbitkan pada Sep 1, 2017 oleh .

Neffos merupakan jenama telefon pintar dibawah TP-Link. Mereka sedia menawarkan beberapa telefon pintar pada harga mampu milik, dan terkini bersempena acara IFA 2017, Neffos turut telah memperkenalkan Neffos N1.

Neffos N1

Neffos N1 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dan dilengkapi memori 4GB RAM, serta storan 64GB.

Apa yang menariknya adalah peranti ini turut menjadi peranti terawal Neffos yang hadir dengan sokongan dwi-kamera. Neffos N1 menggunakan gabungan lensa 12-megapiksel dibelakang, dan dilengkapi kamera 8-megapixel di hadapan untuk selfie.

Selain itu, ciri-ciri tambahan lain seperti pengimbas cap jari dan pengecasan pantas turut disertakan pada telefon pintar ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Neffos Malaysia akan menawarkan Neffos N1 ini untuk pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN