Sharp Akan Mula Memasarkan Televisyen 8K Kepada Pengguna Umum Bermula Disember

Sharp Akan Mula Memasarkan Televisyen 8K Kepada Pengguna Umum Bermula Disember

Diterbitkan pada Sep 2, 2017 oleh .

Sejak setahun dua yang lepas, pelbagai pengeluar telah mula memasarkan televisyen dengan sokongan resolusi 4K kepada para pengguna. Walaubagaimanapun, kandungan yang menyokongnya masih lagi terhad buat masa ini – sama ada dari segi video mahupun dari segi permainan.

Namun, ia tidak menghentikan pengeluar daripada terus bergerak kehadapan. Terkini, Sharp telah mengumumkan penawaran Sharp 8K AQUOS kepada para pengguna. Sharp mengatakan mereka akan mula memasarkan televisyen dengan resolusi 8K ini bermula daripada bulan Disember ini di China, dan diikuti di beberapa negara lain pada awal Januari 2018 kelak.

Sharp 8K AQUOS hadir dengan resolusi 7680×4320 pixel. Seperti ramai sedia maklum, kandungan untuknya masih sangat-sangat kurang, membuatkan Sharp turut mengumumkan inisiatif 8K Ecosystem untuk mengalakkan penghasilan kandungan 8K. Disamping itu, ia juga diperkatakan yang mana di Jepun, mereka akan menyiarkan sukan Olimpik 2020 pada resolusi 8K berkenaan.

Sharp masih belum mengumumkan harga jualannya buat masa ini. Menurut desas-desus, ia dijangka berharga sekitar 1 juta Yen, atau sekitar RM38,500.


TIPS & ULASAN