Samsung Galaxy J7+ Kini Rasmi – Peranti Berspesifikasi Pertengahan Dengan Sokongan Dwi-Kamera

Samsung Galaxy J7+ Kini Rasmi – Peranti Berspesifikasi Pertengahan Dengan Sokongan Dwi-Kamera

Diterbitkan pada Sep 3, 2017 oleh .

Samsung telah hadir dengan peranti pertama menggunakan dwi-kamera mereka melalui Galaxy Note 8. Kini, selain daripadanya, Samsung turut mengumumkan sebuah telefon pintar baru dibawah siri Galaxy J yang turut hadir dengan sokongan dwi-kamera di belakang.

Dinamakan sebagai Galaxy J7+ (2017), ia baru diumumkan untuk pasaran Thailand, dan ditawarkan di sana pada harga 12900 THB (sekitar RM1660).

Galaxy J7+ hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, serta menggunakan panel Super AMOLED. Ia turut dilengkapi dengan cip lapan-teras 2.39Ghz, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 32GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD. Melengkapkan telefon ini juga adalah bateri berkapasiti 3000mAh.

Galaxy J7+ 2017

Menjadi fokus pada telefon pintar ini adalah sokongan dwi-kamera di belakang, dimana ia mengabungkan kamera 13-megapixel f/1.7 dengan kamera 5-megapixel f/1.9. Untuk kamera hadapan ia menggunakan kamera 16-megapixel f/1.9.

Disamping itu, Samsung turut menyertakan sejumlah ciri-ciri seumpama telefon premium mereka, termasuk sokongan Always on Display, dan integrasi pembantu maya pintar Bixby.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung akan menawarkannya untuk pasaran tempatan. Dengan fokus Samsung dibawah siri Galaxy J, tidak mustahil untuk kita melihatnya dipasarkan di Malaysia tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN