iPhone 8 Dijangka Akan Membolehkan Pengguna Mengaktifkan Siri Melalui Butang Kuasa

iPhone 8 Dijangka Akan Membolehkan Pengguna Mengaktifkan Siri Melalui Butang Kuasa

Diterbitkan pada Sep 4, 2017 oleh .

iPhone 8 atau iPhone edisi khusus bersempena ulang-tahun ke-10 kelak dijangka akan menawarkan rekaan skrin menyeluruh dihadapan, sekaligus membuang butang Home fizikal padanya. Seperti ramai sedia maklum, butang Home juga merupakan salah satu butang utama yang digunakan ramai untuk mengakses Siri dengan pantas.

Terkini, melalui kod sumber iOS terbaru, salah seorang pembangun mendapati yang mana Apple akan turut memautkan akses pantas ke Siri dengan menekan butang kuasa pada peranti mereka.

Ini sekaligus akan memberikan alternatif kepada pengguna untuk mengakses pembantu maya digital pada iPhone terbaru kelak – selain daripada menyebut “Hey Siri”.

Seperti biasa, ini hanya penemuan pada kod sumber sahaja – dan terdapat kemungkinan perkara ini tidak diimplementasikan. Sama-sama kita nantikan tarikh 12 September kelak untuk melihat dan mengetahui lebih lanjut mengenai penawaran baru Apple melalui telefon pintar mereka.


TIPS & ULASAN