Alipay Memperkenalkan Sistem Pembayaran Dengan Imbasan Wajah Di KFC China

Alipay Memperkenalkan Sistem Pembayaran Dengan Imbasan Wajah Di KFC China

Diterbitkan pada Sep 4, 2017 oleh .

Di Malaysia anda boleh membeli makanan segera menggunakan kad debit. Hanya pin enam angka diperlukan untuk melakukan pembayaran. Ini adalah lebih pantas berbanding menggunakan wang kertas tanpa perlu menanti wang baki dalam bentuk duit fizikal. Tetapi di China sistem pembayaran lebih pantas diperkenalkan yang mengimbas wajah pengguna.

Alipay bekerjasama dengan Kentucky Fried Chicken untuk menggunakan sistem pembayaran dengan imbasan wajah. Pelanggan menggunakan skrin sesentuh untuk memilih makanan dan mesin yang digunakan akan mengimbas wajah. Menurut Alipay pembayaran ini dapat dilakukan dalam masa hanya dua saat dan mereka hanya perlu melakukan senyuman untuk mengesahkan pembayaran.

Menarik sekali mereka turut mendakwa mesin imbasan mampu mengenali pelanggan walaupun mereka mengubah warna rambut dan memakai solekan yang berbeza. Buat masa ini sistem ini hanya boleh ditemui di Hangzhou.

Di China sistem jual beli tanpa wang kertas sudahpun digunakan secara meluas. Sistem Alipay ini ialah sebuah lagi evolusi ke arah dunia tanpa wang kertas dan memudahkan pembelian. Adakah anda berani menggunakannya?


TIPS & ULASAN