CAT S41 Diumumkan – Telefon Tahan Lasak Untuk Pengguna Aktif
Artikel Berkaitan

CAT S41 Diumumkan – Telefon Tahan Lasak Untuk Pengguna Aktif

Diterbitkan pada Sep 4, 2017 oleh .

Kemampuan kalis air IP68 kini semakin menjadi standard pada peranti-peranti utama sejak dua tahun yang lalu. Pengeluar menyedari ramai pengguna mengeluh apabila peranti rosak akibat air yang tertumpah. Tetapi bagi mereka yang bekerja di dalam industri pembinaan, kalis air sahaja tidak memadai. Oleh itu telefon pintar CAT S41 dilancarkan beberapa hari yang lalu khas untuk mereka.

CAT S41 dilengkapi skrin 5″ HD penuh, diperkasakan pemproses MediaTek Helio P20, memori sebesar 2GB RAM dan storan sebesar 32GB. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 13-Megapixel PDAF dan kamera hadapan 8-Megapixel. Bagi memastikan ketahanan sepanjang hari, bateri sebesar 5000 mAh disertakan.

Peranti ini memenuhi tahap ketahanan tentera MIL-SPEC-810G. Kaca hadapan Gorilla Glass 5 mampu menahan kerosakan dijatuhkan dari ketinggian 1.8 Meter dan boleh dibenamkan ke dalam air sedalam 2 meter. Kerangka bergerak menyerap sebarang hentakan. Ia masih menggunakan Android Nougat, Peranti ini dijual pada harga $449 (~RM 2131) sebuah.


TIPS & ULASAN