(Konsep) Movable Fridge – Peti Sejuk Pintar Yang Bergerak Dengan Fungsi Kawalan Suara

(Konsep) Movable Fridge – Peti Sejuk Pintar Yang Bergerak Dengan Fungsi Kawalan Suara

Diterbitkan pada Sep 5, 2017 oleh .

Ketika sibuk menentang musuh di dalam dunia permainan video, ada baiknya sekiranya dapat segelas air sejuk bagi melegakan dahaga. Tetapi  ini memerlukan anda bangun dan pergi ke dapur untuk mengambil air dari peti sejuk. Di masa hadapan ini tidak perlu lagi dilakukan dengan wujudnya peti sejuk Movable Fridge.

Konsep peti sejuk yang boleh bergerak ini dihasilkan oleh Panasonic. Ia mampu mendengar panggilan pemilik dengan sokongan pembantu maya Alexa dan Cortana. Sistem sonar dan kamera yang disertakan membolehkannya mengelak dari melanggar perabot di rumah. Buat masa ini Movable Fridge hanya sebuah konsep. Di IFA 2017, ia dipamerkan bagi melihat sambutan dari orang ramai.


TIPS & ULASAN