Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Note 8, LG V30 Dan Sony Xperia XZ1 ialah tiga peranti yang baru sahaja dilancarkan dengan skrin berteknologi HDR. Bagi mereka yang ingin memilikinya, penstriman kandungan HDR Netflix kini disahkan disokong pada tiga peranti ini.

Ini meningkatkan jumlah peranti yang menyokong kandungan HDR Netflix kepada lima. Sebelum ini hanya LG G6 dan Sony Xperia XZ Premium disokong. Apa yang menarik bagi kami ialah Samsung Galaxy S8 dan S8+ tidak tersenarai sungguhpun dilancarkan lebih awal dan berkongsi teknologi Infinity Display dengan Note 8. Sebagai pemilik S8+ kami menantikan sokongannya dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd