Cari @ Amanz

Samsung hari ini telah memulakan pra-tempahan untuk telefon pintar Galaxy Note 8 mereka, membolehkan para peminat siri Note untuk mendapatkan telefon terkini dengan rekaan skrin menyeluruh, serta sokongan dwi-kamera – selain sokongan S-Pen.

Seperti ramai sedia maklum, Galaxy Note 8 berharga RM3999 di Malaysia. Walaubagaimanapun, untuk pra-tempahan, Samsung memberikan rebat sebanyak RM321, sekaligus menjadikan harga untuk pra-tempahan adalah RM3678.

Samsung Galaxy Note 8

Ketika pra-tempahan, pengguna akan perlu membayar RM300, dan bakinya berjumlah RM3378 perlu dibayar ketika mengambil peranti berkenaan. Samsung mengatakan peranti berkenaan akan boleh didapati bermula 18 September sehingga 24 September kelak.

Sekiranya anda berhasrat untuk mendapatkan telefon Galaxy Note 8, mungkin ini adalah masanya kerana anda masih boleh mendapatkan rebat tunai dan beberapa ganjaran tambahan melaluinya. Selain Samsung, rakan kerjasama seperti syarikat telekomunikasi dan lain-lain turut menawarkan pakej mereka tersendiri untuk Galaxy Note 8 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd