Oppo A71 Hadir Ke Pasaran Tempatan Pada Harga RM858

Oppo A71 Hadir Ke Pasaran Tempatan Pada Harga RM858

Diterbitkan pada Sep 5, 2017 oleh .

Oppo Malaysia nampaknya kini telah menambah satu lagi telefon pintar baru untuk pasaran tempatan, iaitu Oppo A71. Telefon pintar ini menawarkan spesifikasi asas-pertengahan, dan ditujukan kepada mereka yang meminati peranti Oppo.

Oppo A71

Oppo A71 menggunakan skrin 5.2-inci dengan paparan HD pada resolusi 1280×720 pixel. Ia menggunakan cip MediaTek MT6750 lapan-teras, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Pada bahagian kamera, ia menggunakan kamera 5-megapixel di hadapan, dan kamera 13-megapixel di belakang.

Oppo A71

Oppo A71 menyokong dwi-SIM, bateri berkapasiti 3000mAh, dan hadir dengan Android Nougat.

Bagi anda yang berminat, boleh ke kedai pengedar rasmi Oppo, dan mendapatkan telefon pintar baru ini pada harga RM858.


TIPS & ULASAN