HMD Global telah mengeluarkan beberapa telefon pintar berasaskan Android pada tahun ini, termasuk Nokia 3, Nokia 5, Nokia 6, dan juga Nokia 8. Kini, lanjutan daripada pengenalan Android 8.0 Oreo tempoh hari oleh Google, eksekutif HMD Global mengatakan semua telefon pintar mereka akan menerima kemaskini Android 8.0 Oreo.
Dengan pengumuman ini, semestinya ia akan mengembirakan pengguna sedia ada peranti Nokia, selain pengguna baru yang ingin mendapatkannya.
Selain HMD Global, sebelum ini pihak Sony turut telah mengumumkan sejumlah peranti mereka yang akan menerima kemaskini Android 8.0 Oreo.
All of our smartphones will upgrade to Oreo, Nokia 3 included. No comments yet on timing so that I don't get into trouble 😊.
— Juho Sarvikas (@sarvikas) September 2, 2017