Vivo Hadir Dengan Video Acah Untuk Vivo V7 Dan V7+ Dengan Rekaan Hampir Semua Skrin

Vivo Hadir Dengan Video Acah Untuk Vivo V7 Dan V7+ Dengan Rekaan Hampir Semua Skrin

Diterbitkan pada Sep 5, 2017 oleh .

Penggunaan skrin bezel nipis yang memberikan ilusi hampir semua-skrin ialah trend yang digunakan pada peranti sejak awal tahun ini. Setakat ini Samsung, LG, Essential dan Sharp telah mengeluarkan peranti hampir semua-skrin mereka. Vivo ialah pengeluar yang turut akan melancarkan peranti semua skrin mereka iaitu Vivo V7 dan V7+.

Sempena pelancarannya pada 7 September ini, Vivo memperlihatkan video serta imej acah untuk peranti ini. Skrin hampir tiada bezel ini diberi nama FullView Display. Tidak banyak maklumat diketahui mengenai peranti ini selain ura-ura ia bakal dilengkapi kamera selfie sebesar 24-Megapixel. Tinggal beberapa hari sahaja sebelum misteri spesifikasi penuh Vivo V7 dan V7+ terungkai. Untuk berita terkini untuk peranti ini, teruskan bersama Amanz.


TIPS & ULASAN