Cari @ Amanz

HMD Global hari ini telah mula menghantar jemputan media khusus untuk hari Jumaat ini. Tiada sebarang info lanjut dikongsikan, tetapi mereka menggunakan tagar (hashtag / tanda pagar) #hellobothie – terma sama yang digunakan oleh Nokia 8 untuk pemasaran peranti berkenaan kerana keupayaan untuk merakamkan siaran langsung menggunakan kamera hadapan dan belakang pada waktu sama.

Nokia 8

Nokia 8 telah dilancarkan pada peringkat global pada bulan Ogos yang lepas, dimana ia hadir dengan sokongan dwi-kamera lensa Zeiss, dijana menggunakan cip Snapdragon 835, dan HMD Global memposisikan Nokia 8 sebagai peranti flagship pertama mereka.

Nokia 8 menggunakan skrin 5.3-inci IPS LCD dengan sokongan paparan resolusi QHD, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB, serta bateri berkapasiti 3090mAh.

Pada bahagian kamera, ia menggunakan gabungan kamera 13-megapixel dibelakang, dan kamera hadapan menggunakan lensa 13-megapixel. Seperti peranti jenama Nokia sebelum ini, ia turut hadir dengan Android tanpa penambahan pada antaramuka.

Kita mungkin akan ketahui lanjut mengenai harga jualan dan tarikh ia mula dijual di Malaysia pada penghujung minggu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd