Cari @ Amanz

WhatsApp sedia mengumumkan rancangan mereka sebelum ini dalam memudahkan para perusahaan dan perniagaan untuk berkomunikasi dengan para pengguna melalui perkhidmatan permesejan berkenaan. Kini, WhatsApp melalui laman rasmi mereka mengumumkan yang mana mereka telah memulakan ujian dengan sejumlah syarikat.

Untuk tujuan ini, WhatsApp menyediakan sebuah aplikasi WhatsApp Business yang memudahkan untuk perusahaan dan perniagaan berkomunikasi dengan pelanggan dan pengguna mereka. Selain hanya berkomunikasi biasa seperti khidmat pelanggan, WhatsApp turut mengatakan perniagaan boleh memberikan informasi seperti notifikasi masa penerbangan, pengesahan penghantaran barangan, dan pelbagai kemaskini lain.

Disamping itu, setiap perusahaan dan perniagaan akan dilengkapi dengan profil yang disahkan – sekaligus memudahkan pengguna untuk mengenal-pasti ia adalah akaun perniagaan dan bukannya akaun pengguna biasa.

Buat masa ini, WhatsApp masih belum berkongsi kaedah bagaimana perusahaan atau perniagaan boleh mendaftar diri untuk menggunakan fungsi baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd