Pepijat Android Oreo Menyebabkan Data Selular Masih Digunakan Walaupun Bersambung Pada WiFi

Pepijat Android Oreo Menyebabkan Data Selular Masih Digunakan Walaupun Bersambung Pada WiFi

Diterbitkan pada Sep 6, 2017 oleh .

Setiap kali kemaskini diterima pada peranti, pelbagai masalah akan dilaporkan oleh pengguna. Ini terutamanya berlaku pada versi terkini sesebuah sistem operasi . Terkini pengguna peranti yang menerima kemaskini Android 8.0 Orea melaporkan peranti masih menggunakan data selular walaupun ia bersambung kepada rangkaian WiFi.

PSA: Using mobile data and wifi at the same time with Oreo might bypass WiFi and only use mobile data from Android

Google menyedari akan kewujudan pepijat ini dan sedang berusaha untuk menyelesaikannya. Bagi yang mengalami masalah ini penyelesaiannya adalah agak mudah. Pertama sekali aktifkan mod Developer Options dan nyahaktifkan pilihan “Mobile Data Always Active.” Selalunya pilihan ini tidak diaktifkan secara default. Pilihan kedua ialah dengan mematikan fungsi data selular apabila menggunakan WiFi secara manual.


TIPS & ULASAN