Honor 8 Pro Dan Honor 6X Akan Menerima Kemaskini Android Oreo Bermula Disember

Honor 8 Pro Dan Honor 6X Akan Menerima Kemaskini Android Oreo Bermula Disember

Diterbitkan pada Sep 6, 2017 oleh .

Setakat ini Nokia, Sony, Huawei, HTC, Samsung dan Xiaomi telah mengesahkan peranti-peranti mereka akan mula menerima kemaskini ke Android Oreo pada bulan Disember. Bagi pemilik peranti Honor, dua peranti telah disahkan akan turut menerima kemaskini bermula Disember.

Android Oreo

Honor 8 Pro, peranti dwi-kamera berkuasa pada harga lebih mampu milik akan menerima Oreo pada bulan Disember. Honor 6X pula akan menerimanya bermula Januari 2018. Ini disahkan sendiri oleh wakil Honor di dalam pertemuan dengan pengguna peranti di India melalui laman XDA Forum. Ini berita baik bagi mereka yang tidak mampu memiliki peranti utama yang kerap kali diberikan kelebihan dalam penerimaan kemaskini perisian.


TIPS & ULASAN