Cari @ Amanz

Hanya beberapa tahun yang lalu Huawei mengeluarkan kenyataan rasmi ingin memintas Apple sebagai pengeluar peranti terbesar di dunia dalam masa dua tahun. Pada waktu tersebut ramai yang agak sinis dengan kenyataan pengeluar dari China ini. Tetapi mereka meneruskan usaha dan hasilnya mereka telah berjaya memintas apa sebagai pengeluar peranti kedua terbesar dunia untuk bulan Jun dan Julai 2017.

Ini ialah menurut data yang dikeluarkan oleh Counterpoint. Samsung masih jauh di atas dengan pegangan pasaran melebihi 20%. Huawei dan Apple masing-masing sekitar 12%. Sasaran mereka seterusnya ialah Samsung. Richard Yu, ketua eksekutif perniagaan pengguna Huawei mensasarkan mereka memintas Samsung dalam masa lima tahun pada tahun 2016. Pada pendapat anda adakah ini mereka akan berjaya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd