KLM Kini Menghantar Maklumat Penerbangan Terus Ke WhatsApp Anda

KLM Kini Menghantar Maklumat Penerbangan Terus Ke WhatsApp Anda

Diterbitkan pada Sep 6, 2017 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman pihak WhatsApp pada awal pagi ini, kini syarikat penerbangan terkemuka, KLM mengumumkan penawaran akaun WhatsApp rasmi KLM yang akan menghantar pelbagai informasi penerbangan kepada anda selepas anda membuat tempahan penerbangan mereka.

KLM WhatsApp

Menurt KLM, mereka akan menghantar informasi pengesahan tempahan, notifikasi daftar masuk, tiket penerbangan, dan kemaskini status penerbangan terus melalui WhatsApp.

Pengguna yang ingin menerimanya perlu mendaftar nombor WhatsApp mereka ketika membuat tempahan di laman rasmi KLM, dan anda seterusnya akan menerima pelbagai informasi melalui WhatsApp.

KLM turut mengatakan pelanggan mereka boleh berhubung dengan KLM terus melalui kotak sembang sama di WhatsApp dan menerima jawapan untuk pelbagai persoalan anda.

Jadi, bagi anda yang ingin membuat tempahan tiket penerbangan di KLM selepas ini, mungkin boleh mencuba penawaran melalui WhatsApp yang disediakan oleh KLM ini.


TIPS & ULASAN