Rekaan Vivo X20 dan X20A Dengan Skrin FullView Display Tertiris

Rekaan Vivo X20 dan X20A Dengan Skrin FullView Display Tertiris

Diterbitkan pada Sep 6, 2017 oleh .

Semalam Vivo berkongsi video dan imej acah untuk Vivo V7 dan V7+. Keunikan kedua-dua peranti ini terletak pada rekaan hampir semua skrin yang menggunakan teknologi FullView Display. Hari ini rekaan peranti Vivo X20 dan X20A pula tertiris juga dengan skrin FullView Display.

Rekaan tertiris selepas ia memasuki pangkalan data TENAA di China. Besar kemungkinan X20 dan X20A ialah nama untuk V7 dan V7+ untuk pasaran China. Ini ialah petanda paling terang rekaan untuk dua peranti pertama Vivo dengan rekaan hampir semua skrin.

Turut kelihatan ialah sistem dwi-kamera dan antena yang menyerupai yang rekaan pada Oppo R11 dan OnePlus 5. Ini tidaklah mengejutkan kerana ketiga-tiga pengeluar ini bersaudara di bawah payung BBK Electronics. Perbezaan ketara terletak pada pengimbas cap jari pada bahagian belakang dan bukannya pada bahagian dagu. Nampaknya sistem pengimbas cap jari terbina pada skrin yang diperlihatkan Vivo hanya beberapa bulan yang lalu masih belum bersedia untuk digunakan secara meluas.


TIPS & ULASAN