Opera Mini Untuk iOS Kini Kembali Dengan Nafas Baru

Opera Mini Untuk iOS Kini Kembali Dengan Nafas Baru

Diterbitkan pada Sep 6, 2017 oleh .

Setelah sekian lama Opera senyapkan diri untuk penawaran kemaskini baru bagi pengguna peranti iOS, hari ini, mereka akhirnya kembali, dan telah mengumumkan versi baru Opera Mini untuk iPhone.

Opera Mini untuk iPhone kini memfokuskan kepada kemudahn untuk anda menemui artikel untuk dibaca, selain membuat carian dengan mudah melaluinya. Kini, pengguna boleh menaip seperti biasa pada bar alamat, dan pada masa yang sama turut menggunakannya untuk mengimbas kod QR.

Opera Mini iOS

Disamping itu, kini pada halaman utama Opera Mini, ia hadir dengan sokongan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin bagi mengetengahkan pelbagai artikel dan kandungan yang disesuaikan untuk anda. Buat masa ini, penawaran kandungan dengan pembelajaran mesin ini hanya terhad untuk beberapa buah negara, dan dijangka diperluaskan tidak lama lagi.

Opera mengatakan kemaskini dan nafas baru Opera Mini untuk iOS ini hanya permulaan, dan mereka sedia merancang pelbagai pembaharuan dan kemaskini baru yang akan datang dari masa ke semasa.

Muat-Turun Opera Mini untuk iOS


TIPS & ULASAN