Microsoft Dijangka Memperkenalkan Peranti Surface Baru Pada Penghujung Oktober

Microsoft Dijangka Memperkenalkan Peranti Surface Baru Pada Penghujung Oktober

Diterbitkan pada Sep 6, 2017 oleh .

Microsoft pada bulan Oktober ini akan mengadakan acara Future Decoded di London, dan pada acara berikut, selain berkongsi perkembangan semasa, Microsoft turut dijangka memperkenalkan sekurang-kurangnya satu peranti baru dibawah jenama Surface.

Menurut laporan The Verge, Microsoft mungkin memperkenalkan kemaskini kepada Surface Book pada acara berkenaan, atau mungkin juga mengambil peluang untuk memperkenalkan Surface Pro dengan sokongan rangkaian LTE terbina.

Disamping itu, ia turut dikatakan Microsoft merancang untuk mempertontonkan sejumlah peranti Windows berasaskan ARM dan menjalankan Windows 10 S pada acara sama.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut berkaitan dengan acara ini menjelang bulan Oktober kelak.


TIPS & ULASAN